Pengenalan
Diploma Pengurusan Perniagaan (Diploma In Business Management) adalah perkara utama yang harus dititik beratkan dalam setiap organisasi perniagaan. Program ini menekankan disiplin pengurusan, pemasaran dan juga keusahawanan. Program ini mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia atau ‘Malaysian Qualification Agency’ (MQA), ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan yang kukuh terhadap pembelajaran perniagaan dan pemasaran untuk memperkenalkan pelajar terhadap dunia pemasaran perniagaan yang sebenar.Dengan usahasama industri, modul relevan yang mencerminkan praktis semasa yang terbaik telah dibina bagi memastikan para pelajar adalah dilatih untuk berfikir secara logik dan kritikal supaya pelajar mampu mengembangkan dan menyelesaikan cabaran perniagaan yang terdapat pada hari ini dan akan lebih bersedia bagi menguruskan peranan pemasaran dalam urusan perniagaan secara efisien.
Jangka masa Pengajian : 2 Tahun 8 Bulan (8 Semester)
Skim Pengajian : Sepenuh Masa (92 jam kredit)
Tahap kursus : Peringkat Diploma
Skim Pengajian : Sepenuh Masa (92 jam kredit)
Tahap kursus : Peringkat Diploma