PENGENALAN
Teras pengetahuan yang disediakan oleh program ini dikategorikan kepada perkembangan kanak-kanak, kurikulum dan persekitaran pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan, serta keluarga dan masyarakat.
Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.
Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu, pelajar akan memperoleh kesedaran tentang peranan perkembangan fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.
Syarat Kemasukan
- Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)
- Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulus Sejarah
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor
- swasta dan awam sebagai:
- Pendidik Awal Kanak-kanak
- Pengurus pusat jagaan atau tadika
- Penyelidik dalam bidang awal kanak-kanak
- Perunding Awal Kanak-Kanak
- Pengurus Program Kanak-Kanak
- Penulis bagi Program Pembelajaran Kreatif
dimana-mana universiti yang berpotensi.
• Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Pengeluaran Skim Pendidikan
• Memohonan Biasiswa Kerajaan Negeri kepada yang berkelayakan.
Tiada ulasan:
Catat Komen