
Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang penting bagi melahirkan pendidik yang berwibawa, beretika, berkelayakan professional dan bertaraf global dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Program ini juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak pintar dan kanak-kanak berkeperluan khas.
Teras pengetahuan yang disediakan oleh program ini dikategorikan kepada perkembangan kanak-kanak, kurikulum dan persekitaran pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan, serta keluarga dan masyarakat.
Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu, pelajar akan memperoleh kesedaran tentang peranan perkembangan fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.
Syarat Kemasukan- Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)
- Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulus Sejarah
Laluan Kerjaya :Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor kerajaan ataupun swasta :
- Pendidik Awal Kanak-kanak
- Pengurus pusat jagaan atau tadika
- Penyelidik dalam bidang awal kanak-kanak
- Perunding Awal Kanak-Kanak
- Pengurus Program Kanak-Kanak
- Penulis bagi Program Pembelajaran Kreatif Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.
Pembiayaan :- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Pengeluaran Skim Pendidikan
- Memohonan Biasiswa Kerajaan Negeri kepada yang berkelayakan.
Untuk maklumat lebih lanjut dan maklum balas pantas, sila whatsapp kami segera untuk penerangan selanjutnya serta peroses pendaftaran. Sila klik butang Whatsapp dibawah 👇 👇👇
Ataupun, sila isi borang permohonan secara online dibawah, dan dalam masa terdekat pihak kami akan menghubungi anda segera. Sila klik butang DAFTAR SEKARANG jika sekiranya anda berminat mengisi borang permohanan.