Pengenalan

Elektro terapi melibatkan kaedah rawatan sepert ultrasound, interferential terapi. Laser dan diatermi gelombang pendek. Manakala terapi manual melibatkan kaedah mobilisasi, manipulasi, teknik urutan, senaman therapeutic, rehabilisasi selepas pembedahan dan nasihat serta langkah pencegahan. Tuntasnya, terdapat teknologi terkini mahupun kaedah biasa dalam merawat pergerakan seseorang dan tugas-tugas untuk mengaplikasi kesemua teknik rawatan ini harus dilakukan oleh ahli fisioterapi yang mempunyai pengkhususan dalam pemulihan fungsi anggota. Yang menarik, ahli fisoterapi bekerjasama dengan doktor, jururawat dan pasukan perubatan dalam memulihkan pesakit. Justeru, pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesihatan harus dikuasai seseorang pengamal fisioterapi. Memiliki diploma fisioterapi adalah langkah awal untuk berkecimpung dalam kerjaya ini.
Persediaan

Peluang Pekerjaan
Sekiranya bekerja dengan kerajaan sebagai Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29, deskripsi tugasnya adalah memulihkan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik, merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan, membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik, menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio, memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit, membuat pesanan bekalan peralatan dan mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital. Bekerja dengan pusat perubatan swasta juga mempunyai deskripsi tugas yang tidak jauh beza, yang menjadi perbezaan adalah gaji dan manfaat kedua-dua pekerjaan dengan kerajaan atau swasta tersebut.Selain daripada hospital, ahli fisoterapi boleh bekerja dengan badan-badan sukan tertentu. Sebagai contoh, kelab bola profesional mempunyai ahli fisioterapinya sendiri. Hal ini berikutan seseorang atlet memerlukan penjagaan dan pemulihan fisiologi yang khusus agar dapat beraksi dengan baik. Ada juga ahli fisioterapi yang bekerja di pusat jagaan warga emas, dengan membantu warga emas memuilhkan pergerakan anggota yang lemah dek usia yang lanjut.
Syarat Kelayakan :
- 5 kredit spm termasuk satu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, - Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Yuran Pendaftaran RM200 sahaja.
- Pembiayaan PTPTN.
- Penginapan Disediakan.
- Pengangkutan percuma.
Daftar sekarang di Cosmopoint Kota Kinabalu !!! Khidmat nasihat pendidikan diberi percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan