PERMOHONAN | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Watch Our Campus In Youtube !

Rabu, 17 Mei 2023

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara ONE-OFF (BUDI) Khas Kepada Anak-Anak Jati Sabah : Mohon Sekarang

BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SABAH

 

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara ONE-OFF (BUDI) adalah salah satu inisiatif bantuan kerajaan Negeri Sabah khas kepada Mahasiswa dan Mahasiswi yang baru memulakan pengajian mereka dimana-mana Institusi Pengajian Tinggi khususnya di Negeri Sabah. 

Dengan itu kepada anak-anak jati Negeri Sabah seharusnya mengambil peluang ini agar dapat menikmati bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri Sabah.

Berikut adalah kriteria dan syarat pemohonan untuk menerima bantuan ini :

  • Bantuan sebanyak RM1,500 bagi kelulusan untuk Diploma/Foundation & Matrikulasi.
  • Bantuan sebanyak RM2,000  bagi kelulusan untuk Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree).
  • Ibubapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 dan M40 (Salah seorang Ibubapa berasal daripada Sabah
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah dan berumur tidak melebihi dari 25 tahun.
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) dimana-mana IPT.
  • Permohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta tahun 2023 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktirafkan oleh kerajaan.

Untuk IPT di Sabah anda digalakkan mendaftar di Kampus Cosmopoint College Kota Kinabalu Sabah bagi melancarkan permohonan anda. Untuk memohon sila klik butang borang permohanan secara online dibawah.


Untuk permohonan secara online anda boleh KLIK butang dibawah !



ATAUPUN


Untuk mengetahui malumat lebih lanjut berkenaan Bantuan Pendidikan Negeri Sabah (BUDI) sila layari portal rasmi di https://budi.sabah.gov.my/login.php

Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda semua khususnya lepasan-lepasan SPM/STPM tahun 2023 ini. Selamat Maju Jaya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Yang Ditampilkan

Senarai Blog Saya

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Whatsapp Sekarang !

Whatsapp Sekarang !
Maklum Balas Pantas