PERMOHONAN | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Watch Our Campus In Youtube !

Memaparkan catatan dengan label Info Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Pendidikan. Papar semua catatan

Rabu, 17 Mei 2023

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara ONE-OFF (BUDI) Khas Kepada Anak-Anak Jati Sabah : Mohon Sekarang

BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SABAH

 

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara ONE-OFF (BUDI) adalah salah satu inisiatif bantuan kerajaan Negeri Sabah khas kepada Mahasiswa dan Mahasiswi yang baru memulakan pengajian mereka dimana-mana Institusi Pengajian Tinggi khususnya di Negeri Sabah. 

Dengan itu kepada anak-anak jati Negeri Sabah seharusnya mengambil peluang ini agar dapat menikmati bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri Sabah.

Berikut adalah kriteria dan syarat pemohonan untuk menerima bantuan ini :

  • Bantuan sebanyak RM1,500 bagi kelulusan untuk Diploma/Foundation & Matrikulasi.
  • Bantuan sebanyak RM2,000  bagi kelulusan untuk Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree).
  • Ibubapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 dan M40 (Salah seorang Ibubapa berasal daripada Sabah
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah dan berumur tidak melebihi dari 25 tahun.
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) dimana-mana IPT.
  • Permohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta tahun 2023 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktirafkan oleh kerajaan.

Untuk IPT di Sabah anda digalakkan mendaftar di Kampus Cosmopoint College Kota Kinabalu Sabah bagi melancarkan permohonan anda. Untuk memohon sila klik butang borang permohanan secara online dibawah.


Untuk permohonan secara online anda boleh KLIK butang dibawah !



ATAUPUN


Untuk mengetahui malumat lebih lanjut berkenaan Bantuan Pendidikan Negeri Sabah (BUDI) sila layari portal rasmi di https://budi.sabah.gov.my/login.php

Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda semua khususnya lepasan-lepasan SPM/STPM tahun 2023 ini. Selamat Maju Jaya. 

Isnin, 14 November 2022

Program Diploma Yang Ditawarkan di Cosmopoint College Kota Kinabalu Sabah : Mohon Sekarang !

Cosmopoint Collge Sabah

Cosmopoint College Kota Kinabalu Sabah salah satu Institus Pendidikan di Sabah yang popular sebagai destinasi lepasan-lepasan SPM mahupun STPM.

Kelebihan yang anda perolehi jika sekiranya memilih Institusi kami sebagai lanjutan pendidikan anda seperti berikut ;
  • Kolej di Miliki oleh Agensi KERAJAAN
  • Diiktiraf PENUH oleh pihak MQA & JPA
  • Program Kursus-kursus yang ditawarkan adalah relevan dengan pasaran kerja dimasa sekarang.
  • Menawarkan Penginapan Asrama secara PERCUMA
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman untuk melatih anda semasa dalam tempoh pengajian.
  • Kampus berada di tempat yang strategik berada di kawasan bandar.
  • Yuran Pendaftaran mampu milik hanya RM50 sahaja.
  • Bantuan Pembiayaan Pendidikan disediakan.
  • Objektif utama untuk melahirkan pelajar yang bekerjaya selepas tamat pengajian.
  • MyQuest 5 Bintang 
    Sila klik link kursus yang ditawarkan untuk maklumat lebih lanjut :

Untuk permohonan secara online anda boleh KLIK butang dibawah ! ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


Sila klik Whatsapp Sekarang untuk maklum balas pantas 👆!!!



Sila LIKE & SHARE Halaman Facebook rasmi kami 
👇👇👇

Rabu, 13 Mac 2019

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di Cosmopoint College Kota Kinabalu Sabah



Untuk makluman !!!

Pendaftaran kemasukaan kini telah dibuka khas kepada lepasan-lepasan SPM yang bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, kami mempelawa anda untuk mengikuti program-program yang di tawarkan di Cosmopoint College Sabah.

Kelebihan kami :
  • Asrama Percuma untuk sepanjang pengajian anda
  • Yuran Pendaftaran Kemasukan yang sangat murah
  • Sijil Diploma di iktirafkan sepenuhnya oleh Kerajaan (MQA) & (JPA)
  • Jaminan pekerjaan selepas menamatkan pengajian
  • Institusi yang betaraf 5 Bintang *****


Pelbagai kursus yang ditawarkan seperti keterangan dibawah : Sila klik untuk maklumat lebih lanjut

Diploma Business Management di Sabah

Diploma Accountant

Diploma bahagian grafik

Diploma Bahagian IT




Diploma Pengurusan Hotel Di Sabah


Diploma Pelancongan di Sabah


Diploma Seni Kulinari di Sabah


Diploma E-Kesetiausahaan di Cosmopoint College Sabah



Diploma Seni Pastri di Sabah





Untuk Maklumat lanjut anda dan respon pantas sila whatsapp kami segera, hamya klik dibawah sahaja :
   Whatsapp

Atau isi borang permohonan kemasukan secara online, 
dan dalam masa terdekat pihak pegawai kami akan menghubungi 
anda segera. Sila klik DAFTAR SEKARANG dibawah jika anda ingin memohon secara online ↓

Daftar Cosmopoint College Sabah

Like us on Facebook Facebook Page 

Selamat Maju Jaya 😊😊😊


Jumaat, 1 Mac 2019

Senarai-Senarai Institusi Pengajian Tinggi IPTA & IPTS Di Sabah



Ini merupakan beberapa Institut Pengajian yang terdapat di negeri Sabah. Institut pengajian ini terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ini termasuklah kampus cawangan bagi IPTA.

( Klik pada nama IPT di bawah untuk lebih lanjut )

SENARAI-SENARAI IPTA DI SABAH

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH





UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 
SABAH
POLITEKNIK KOTA KINABALU


POLITEKNIK CAWANGAN SANDAKAN
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN




UITM CAWANGAN TAWAU



Isnin, 11 Februari 2019

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Secara Online Bagi Sesi 2019/2020

Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Kiomuniti Dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Bagi Sesi Akademik 2019/2020


Permohonan online UPU boleh dibuat melalui KLIK DISINI !




Jumaat, 23 Mac 2018

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak / Chilhood Education



PENGENALAN

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang penting bagi melahirkan pendidik yang berwibawa, beretika, berkelayakan professional dan bertaraf global dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Program ini juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak pintar dan kanak-kanak berkeperluan khas. 




Teras pengetahuan yang disediakan oleh program ini dikategorikan kepada perkembangan kanak-kanak, kurikulum dan persekitaran pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan, serta keluarga dan masyarakat.



Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu, pelajar akan memperoleh kesedaran tentang peranan perkembangan fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.

Khamis, 22 Mac 2018

Diploma Pengurusan Perniagaan / Diploma In Business Management

Pengenalan

Diploma Pengurusan Perniagaan (Diploma In Business Management) adalah perkara utama yang harus dititik beratkan dalam setiap organisasi perniagaan. Program ini menekankan disiplin pengurusan, pemasaran dan juga keusahawanan. Program ini mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia atau ‘Malaysian Qualification Agency’ (MQA), ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan yang kukuh terhadap pembelajaran perniagaan dan pemasaran untuk memperkenalkan pelajar terhadap dunia pemasaran perniagaan yang sebenar. 




















Dengan usahasama industri, modul relevan yang mencerminkan praktis semasa yang terbaik telah dibina bagi memastikan para pelajar adalah dilatih untuk berfikir secara logik dan kritikal supaya pelajar mampu mengembangkan dan menyelesaikan cabaran perniagaan yang terdapat pada hari ini dan akan lebih bersedia bagi menguruskan peranan pemasaran dalam urusan perniagaan secara efisien.

Jangka masa Pengajian : 2 Tahun 8 Bulan (8 Semester)
Skim Pengajian : Sepenuh Masa (92 jam kredit)
Tahap kursus : Peringkat Diploma

Selasa, 20 Mac 2018

Diploma E-Kesetiausahaan (Pengurusan Pejabat) / Diploma E-Secretaryship

PENGENALAN

Diploma E-Kesetiausahaan (Pengurusan Pejabat) merupakan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan . Program ini perlu diikuti selama 2 tahun 8 bulan bersamaan dengan 8 semester yang mana ia menumpukan kerja-kerja pentadbiran dalam pejabat disetiap organisasi. 

Program ini memberi pengkhususan terhadap prosedur-prosedur pejabat, pengurusan pejabat, kecekapan didalam pejabat, komunikasi, pembentukan peribadi secara lahirah dan insaniah.






Pelajar-pelajar yang mengikuti program Diploma E-Kesetiausahaan (Pengurusan Pejabat) ini akan mendapat pengalaman pembelajaran yang menarik bersesuaian dengan persekitaran yang kondusif. Program ini mendapat pengiktirafan daripada pelbagai sektor swasta dan kerajaan yang mana setiap daripada pelajar yang telah bergraduat berpotensi untuk mendapat pekerjaan. laluan kerjaya bagi pelajar memberi kesan yang positif yang membolehkan mereka memilih untuk meneruskan pengajian diperingkat ijazah ataupun terus bekerja dimana-mana sektor didalam industri.

Program ini memberi tumpuan kepada pentadbiran pejabat dalam sesuatu organisasi, dengan memberi penekanan kepada amalan kerja di pejabat, pengurusan pejabat, automasi pejabat, kecekapan pejabat, komunikasi dan pembangunan personaliti. Program ini telah diiktiraf oleh pelbagai industri sejak ia mula ditawarkan, dan ini mencerminkan kepentingan pentadbiran pejabat dan pengurusan di semua organisasi..

Sabtu, 17 Mac 2018

Diploma Pengurusan Perhotelan / Diploma In Hotel Management



Diploma Pengurusan Hotel



Diploma Pengurusan Hotel dibangunkan untuk memenuhi keperluan industry perhotelan yang semakin berkembang. Program ini menawarkan kemahiran praktikal untuk menyediakan graduan yang kompeten dalam kemahiran perkhidmatan, penginapan, hotel dan perniagaan restoran.







Program ini direka khas untuk member pendedahan secara praktikal, dimana pelajar Kolej Cosmopoint akan ditempatkan di industry selama10 bulan sepanjang tempoh pengajian. Ia menyediakan graduan dengan kompetensi yang diperlukan dalam bidang hotel termasuklah perkhidmatan kaunter hadapan, pengurusan hotel dan penginapan, pengemasan, perkhidmatan makanan komersial, operasi dapur dan operasi restoran. 

Kecekapan asas lain yang diterapkan dalam program termasuk pengetahuan asas Pelancongan dan Hospitaliti, pembangunan profesional, kemahiran komunikasi, kesihatandankeselamatan, dan pembangunan keusahawanan. 


Apa itu Pengurusan Hotel?

Pengurusan hotel adalah satu bidang dalam industri hospitaliti dan pelancongan yang menjanjikan peluang kerjaya yang meluas dalam industri hotel merangkumi operasi dan juga pengurusan.

Jumaat, 16 Mac 2018

Diploma Seni Pastri & Bakeri / Diploma Pastry & Bakery


PENGENALAN 

Diploma adalah salah satu cara yang pelajar boleh melanjutkan pelajaran. Pelbagai diploma termasuk ijazah, lepasan ijazah dan diploma lanjutan. Mereka boleh memberikan kelulusan tambahan dan latihan untuk profesional atau membantu merapatkan jurang antara peringkat akademik yang berbeza. 

Diploma boleh diperolehi dalam beberapa mata pelajaran seperti perniagaan, kemanusiaan, biologi, teknologi, dan banyak lagi.


Pelajar yang mengikuti DIPLOMA SENI PASTRI di Cosmopoint College Kota Kinabalu Sabah mendapat manfaat dalam bahawa mereka mendapat untuk membangunkan kemahiran kreatif dan menyempurnakan bakat seni peribadi mereka. Terdapat beberapa peluang kerjaya bagi mereka yang ingin menjadi profesional dalam seni.
Kos yang terlibat dengan memperoleh diploma akan berbeza-beza dari satu tempat yang lain. Faktor kos termasuk tempoh program, lokasi sekolah, dan reputasi program ini. Pelajar perlu menghubungi sekolah-sekolah yang terpilih secara langsung untuk mengetahui apa yang diharapkan dari segi kewangan.


Isnin, 12 Mac 2018

Diploma Seni Kulinari / Diploma In Culinary Arts


PENGENALAN 

Kursus ini memenuhi keperluan pelajar dengan pemahaman yang meluas tentang aspek operasi didalam bidang kulinari yang mana menekankan kepada kemahiran dan teori. 

Pelajar juga akan mempelajari dari aspek membeli, penyeliaan, keusahawanan, keselamatan makanan dan sanitasi, pembangunan sumber manusia, organisasi dan penyelenggaraan dapur yang mana akan menyediakan pelajar dengan asas kepeluan alam kerjaya didalam bidang hospitaliti serta mengikut perkembangan semasa industri hospitaliti

Apakah itu Seni Kulinari?



Diploma Seni Kulinari adalah satu bidang kemahiran yang dipelajari  iaitu menguruskan operasi dapur, perniagaan katering, mempelajari kemahiran asas masakan sama ada masakan 
tempatan dan antarabangsa. 

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Yang Ditampilkan

Senarai Blog Saya

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Whatsapp Sekarang !

Whatsapp Sekarang !
Maklum Balas Pantas