PERMOHONAN | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Watch Our Campus In Youtube !

Selasa, 20 Mac 2018

Diploma E-Kesetiausahaan (Pengurusan Pejabat) / Diploma E-Secretaryship

PENGENALAN

Diploma E-Kesetiausahaan (Pengurusan Pejabat) merupakan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan . Program ini perlu diikuti selama 2 tahun 8 bulan bersamaan dengan 8 semester yang mana ia menumpukan kerja-kerja pentadbiran dalam pejabat disetiap organisasi. 

Program ini memberi pengkhususan terhadap prosedur-prosedur pejabat, pengurusan pejabat, kecekapan didalam pejabat, komunikasi, pembentukan peribadi secara lahirah dan insaniah.






Pelajar-pelajar yang mengikuti program Diploma E-Kesetiausahaan (Pengurusan Pejabat) ini akan mendapat pengalaman pembelajaran yang menarik bersesuaian dengan persekitaran yang kondusif. Program ini mendapat pengiktirafan daripada pelbagai sektor swasta dan kerajaan yang mana setiap daripada pelajar yang telah bergraduat berpotensi untuk mendapat pekerjaan. laluan kerjaya bagi pelajar memberi kesan yang positif yang membolehkan mereka memilih untuk meneruskan pengajian diperingkat ijazah ataupun terus bekerja dimana-mana sektor didalam industri.

Program ini memberi tumpuan kepada pentadbiran pejabat dalam sesuatu organisasi, dengan memberi penekanan kepada amalan kerja di pejabat, pengurusan pejabat, automasi pejabat, kecekapan pejabat, komunikasi dan pembangunan personaliti. Program ini telah diiktiraf oleh pelbagai industri sejak ia mula ditawarkan, dan ini mencerminkan kepentingan pentadbiran pejabat dan pengurusan di semua organisasi..

MATLAMAT & OBJEKTIF PROGRAM

  • Menerangkan peranan dan fungsi pengurusan dalam organisasi.
  • Mendedahkan pelajar tentang kepentingan kakitangan dan pengurusan sumber manusia.
  • Kepentingan komunikasi dan keperluan kepimpinan yang berkesan.
  • Kepentingan merancang dan membuat keputusan dalam organisasi.
  • Menerangkan kaedah pelbagai latihan dan teknik yang digunakan dalam menilai prestasi pekerja.
  • Mendedahkan pelajar bagaimana untuk mengawal organisasi apabila menghadapi masalah yang menentu atau tidak menentu.





  • Memahami pembangunan umum teori klasik dan kontemporari.
  • Menggunapakai analisa perbandingan bersaing dari perspektif teori.
  • Melibatkan diri dalam penilaian kritikal model bersaing pengurusan.
  • Menggunakan pengetahuan konseptual dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi menerangkan dan menilai prestasi pentadbiran dan praktikal.
  • Menggunakan kemahiran pentadbiran dalam persekitaran organisasi yang kompleks dan dinamik.
  • Menambah kemahiran melalui pembelajaran berasaskan web




SYARAT KEMASUKAN:
  • Lulus SPM atau setaraf
  • Kepujian dalam 3 mata pelajaran dan wajib lulus BM dan Sejarah

Siapakah yang sesuai mengambil program diploma ini?
  • Kepada sesiapa yang berminat dalam pengkhususan pentadbiran pejabat dalam sesuatu organisasi, dengan memberi penekanan kepada amalan kerja di pejabat, pengurusan pejabat, automasi pejabat, kecekapan pejabat, komunikasi dan pembangunan personaliti

Untuk Maklumat lanjut anda dan respon pantas sila whatsapp kami segera, hamya klik dibawah sahaja :
 Whatsapp



Atau isi borang permohonan kemasukan secara online, 
dan dalam masa terdekat pihak pegawai kami akan menghubungi 
anda segera. Sila klik DAFTAR SEKARANG dibawah jika anda ingin memohon secara online ↓

images%2B%252812%2529

Like us on Facebook Facebook Page 

Selamat Maju Jaya 😊😊😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Yang Ditampilkan

Senarai Blog Saya

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Whatsapp Sekarang !

Whatsapp Sekarang !
Maklum Balas Pantas