PERMOHONAN | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Watch Our Campus In Youtube !

Jumaat, 23 Mac 2018

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak / Chilhood Education



PENGENALAN

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang penting bagi melahirkan pendidik yang berwibawa, beretika, berkelayakan professional dan bertaraf global dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Program ini juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak pintar dan kanak-kanak berkeperluan khas. 




Teras pengetahuan yang disediakan oleh program ini dikategorikan kepada perkembangan kanak-kanak, kurikulum dan persekitaran pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan, serta keluarga dan masyarakat.



Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu, pelajar akan memperoleh kesedaran tentang peranan perkembangan fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.



Syarat Kemasukan

Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)
Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran
Lulus Sejarah

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan 
disektor swasta dan awam sebagai:
  • Pendidik Awal Kanak-kanak
  • Pengurus pusat jagaan atau tadika
  • Penyelidik dalam bidang awal kanak-kanak
  • Perunding Awal Kanak-Kanak
  • Pengurus Program Kanak-Kanak
  • Penulis bagi Program Pembelajaran Kreatif
Untuk Maklumat lanjut anda dan respon pantas sila whatsapp kami segera, hamya klik dibawah sahaja :

 Whatsapp


Atau isi borang permohonan kemasukan secara online, 
dan dalam masa terdekat pihak pegawai kami akan menghubungi 
anda segera. Sila klik DAFTAR SEKARANG dibawah jika anda ingin memohon secara online ↓

images%2B%252812%2529

Like us on Facebook Facebook Page 

Selamat Maju Jaya 😊😊😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Yang Ditampilkan

Senarai Blog Saya

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Whatsapp Sekarang !

Whatsapp Sekarang !
Maklum Balas Pantas