PERMOHONAN | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Sabtu, 17 Mac 2018

Diploma Pengurusan Perhotelan / Diploma In Hotel Management



Diploma Pengurusan Hotel



Diploma Pengurusan Hotel dibangunkan untuk memenuhi keperluan industry perhotelan yang semakin berkembang. Program ini menawarkan kemahiran praktikal untuk menyediakan graduan yang kompeten dalam kemahiran perkhidmatan, penginapan, hotel dan perniagaan restoran.







Program ini direka khas untuk member pendedahan secara praktikal, dimana pelajar Kolej Cosmopoint akan ditempatkan di industry selama10 bulan sepanjang tempoh pengajian. Ia menyediakan graduan dengan kompetensi yang diperlukan dalam bidang hotel termasuklah perkhidmatan kaunter hadapan, pengurusan hotel dan penginapan, pengemasan, perkhidmatan makanan komersial, operasi dapur dan operasi restoran. 

Kecekapan asas lain yang diterapkan dalam program termasuk pengetahuan asas Pelancongan dan Hospitaliti, pembangunan profesional, kemahiran komunikasi, kesihatandankeselamatan, dan pembangunan keusahawanan. 


Apa itu Pengurusan Hotel?

Pengurusan hotel adalah satu bidang dalam industri hospitaliti dan pelancongan yang menjanjikan peluang kerjaya yang meluas dalam industri hotel merangkumi operasi dan juga pengurusan.




Diploma Pengurusan Hotel menggabungkan pelbagai aktiviti di mana fokus utama adalah dalam bidang pengurusan hotel dan restoran, pengurusan kaunter hadapan, pengurusan bilik dan juga bahagian pemasaran yang menjurus kepasa pemasaran hotel. Penilaian dilakukan merangkumi aspek teori dan juga praktikal sejajar kepada keperluan industri yang menginginkan para graduan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam bidang ini.

Prospek kerjaya

Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
  • - Pengurusan Hotel dan Restoran
  • - Persediaan Makanan Syarikat Penerbangan & Perkhidmatan Kabin
  • - Pentadbir Hospitaliti dan Persediaan makanan
  • - Pengurusan Kapal Persiaran
  • - Pengurusan Kelab
  • - Persatuan pelancongan dan Hotel
  • - Pengurus Lembagaan
  • - Perkhidmatan makanan dan Hotel
Peluang pekerjaan sebagai:
  • - Pengurus Front Office (Kaunter Hadapan)
  • - Pengawas Front Office (Kaunter Hadapan)
  • - Penolong Infomasi
  • - Resepsionis
  • - Ketua Jaga Pintu
  • - Kapten Lonceng
  • - Kapten Valet
  • - Pengurus Tempahan

Bidang ini memfokuskan kepada :

  • Menawarkan pelajar untuk memahami aspek operasi dalam industri hotel antarabangsa 
  • Melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam kemahiran interpersonal, teknikal dan kemahiran komputer sejajar dengan keperluan industri
  • Memberi pengetahuan dan pemahaman mendalam berkaitan aspek penyeliaan dalam kepelbagaian pelaksanaan dalam industri hospitaliti 
  • Memberi pendedahan bagaimana mengendali operasi kaunter hadapan, pengemasan, makanan dan minuman, pemasaran dan jualan, konferens dan katering 
  • Melahirkan graduan yang fokus kepada trend semasa dan isu etika dalam industri hospitaliti

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?

  • Pelajar yang berkeyakinan dalam berkomunikasi dan berkemahoran tinggi serta minat dalam industri hospitaliti 
  • Mempunyai hasrat untuk menceburi bidang keusahawanan yang berkaitan dengan industri hospitaliti.

Syarat Kelayakan untuk Diploma Pengurusan Hotel

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Mathematics
  • Mendapat Tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  • Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.


Untuk Maklumat lanjut anda dan respon pantas sila whatsapp kami segera, hamya klik dibawah sahaja :
 Whatsapp

Atau isi borang permohonan kemasukan secara online, 
dan dalam masa terdekat pihak pegawai kami akan menghubungi 
anda segera. Sila klik DAFTAR SEKARANG dibawah jika anda ingin memohon secara online ↓

images%2B%252812%2529

Like us on Facebook Facebook Page 

Selamat Maju Jaya 😊😊😊



Tiada ulasan:

Catat Komen

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Yang Ditampilkan

Senarai Blog Saya

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Maklum Balas Pantas !!!