PERMOHONAN | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Watch Our Campus In Youtube !

Khamis, 22 Mac 2018

Diploma Pengurusan Perniagaan / Diploma In Business Management

Pengenalan

Diploma Pengurusan Perniagaan (Diploma In Business Management) adalah perkara utama yang harus dititik beratkan dalam setiap organisasi perniagaan. Program ini menekankan disiplin pengurusan, pemasaran dan juga keusahawanan. Program ini mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia atau ‘Malaysian Qualification Agency’ (MQA), ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan yang kukuh terhadap pembelajaran perniagaan dan pemasaran untuk memperkenalkan pelajar terhadap dunia pemasaran perniagaan yang sebenar. 




















Dengan usahasama industri, modul relevan yang mencerminkan praktis semasa yang terbaik telah dibina bagi memastikan para pelajar adalah dilatih untuk berfikir secara logik dan kritikal supaya pelajar mampu mengembangkan dan menyelesaikan cabaran perniagaan yang terdapat pada hari ini dan akan lebih bersedia bagi menguruskan peranan pemasaran dalam urusan perniagaan secara efisien.

Jangka masa Pengajian : 2 Tahun 8 Bulan (8 Semester)
Skim Pengajian : Sepenuh Masa (92 jam kredit)
Tahap kursus : Peringkat Diploma


Siapa yang sesuai untuk bidang ini?

Kepada yang berminat menjadi seorang pengurus yang profesional dalam firma perniagaan. Seorang pengurus yang dianggap berjaya dan berkesan memerlukan kemahiran dan latihan dalam teknik asas pengurusan perniagaan di dalam suasana perniagaan global yang serba mencabar.

Adakah anda berminat menceburi bidang pengurusan dalam sektor awam?


Sektor awam juga memerlukan kakitangan pengurusan yang terlatih dan mempunyai kemahiran berkomunikasi, menganalisis dan menyelesaikan masalah serta berfikiran secara kritikal.


Adakah anda bercita-cita menjadi seorang usahawan?

Mereka yang bercita-cita menjadi seorang usahawan memerlukan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang pengurusan perniagaan untuk berjaya dalam pasaran dan suasana perniagaan yang semakin mencabar.



DIANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

Menghasilkan perancangan perniagaan
  • Anda merancang perniagaan syarikat supaya membawa kejayaan. Perancangan perniagaan merupakan rancangan sesuatu perniagaan bagi masa hadapan, mengagihkan sumber-sumber yang diperlukan, fokus kepada aspek-aspek penting perniagaan dan mengenalpasti peluang dan masalah perniagaan yang akan dihadapi.
  • Perancangan perniagaan bukan sahaja relevan bagi memulakan perniagaan baru atau bertujuan membuat permohonan pinjaman bank, malah penting bagi menguruskan sebuah perniagaan. Perniagaan memerlukan perancangan supaya berkembang dan membangun mengikut prioriti yang telah ditetapkan.
Mengurus atau menyelia jabatan
  • Sebagai sebarang penyelia atau pengurus jabatan, anda perlu menggembleng daya usaha pekerja di bawah jagaan anda supaya mencapaimatlamat dan sasaran jabatan. Mengurus atau menyelia memerlukan kepakaran merancang, mengatur, memimpin dan mengawal jabatan dan daya usaha supaya mencapai matlamat. Anda juga perlu bijak memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tenaga manusia, kewangan, teknologi dan juga sumber asli.


Menguruskan perniagaan francais 
  • Apabila anda menjalankan perniagaan francais anda menggunakan model firma yang telah berjaya. Anda mempunyai minat untuk berjaya kerana anda ada kepentingan dalam francais tersebut. Anda boleh memulakan perniagaan dengan kadar segera berdasarkan jenama perniagaan yang dikenali dan sokongan perniagaan yang diberikan oleh syarikat francais. Namun perniagaan francais mempunyai syarat dan perjanjian tertentu yang perlu diambil kira.
Menjalankan perniagaan sendiri
  • Sebagai seorang usahawan, anda mengendalikan perniagaan sendiri dan menanggung risiko sama ada berjaya atau sebaliknya. Anda memerlukan dana kewangan yang mencuupi untuk berjaya selain daripada keperluan merancang pemasaran, pengurusan, serta aspek kewangan syarikat anda. Menjadi seorang usahawan bukan sesuatu yang mudah dan ada risikonya. Sebaliknya, jika anda berjaya,ia sangat menguntungkan.
Syarat Kelayakan|Kemasukkan :

Pemohon perlu memiliki kelulusan sekurang-kurangnya seperti berikut:


• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang- kurangnya kredit dalam    mana–mana 3 mata pelajaran.

Lanjutan Pengajian :

  • Pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi perlu memperolehi CGPA 2.75 ke atas akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti atau institusi pengajian tinggi awam yang lain.


Prospek Kerjaya

• Eksekutif Pentadbiran
• Eksekutif Sumber Manusia
• Eksekutif Pemasaran
• Eksekutif Pengurusan
• Perkembangan Perniagaan
• Pengurus Pemasaran Antarabangsa
• Wakil Jualan Antarabangsa
• Pengurus Pengagihan Global

Pembiayaan : 


• Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Pengeluaran Skim Pendidikan
• Memohonan Biasiswa Kerajaan Negeri kepada yang berkelayakan.






Untuk Maklumat lanjut anda dan respon pantas sila whatsapp kami segera, 


hanya klik dibawah sahaja :


 Whatsapp

Atau isi borang permohonan kemasukan secara online, 
dan dalam masa terdekat pihak pegawai kami akan menghubungi 
anda segera. Sila klik DAFTAR SEKARANG dibawah jika anda ingin memohon secara online ↓

images%2B%252812%2529

Like us on Facebook Facebook Page 

Selamat Maju Jaya 😊😊😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Yang Ditampilkan

Senarai Blog Saya

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Whatsapp Sekarang !

Whatsapp Sekarang !
Maklum Balas Pantas