PERMOHONAN | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Watch Our Campus In Youtube !

Sabtu, 17 Mac 2018

Diploma Pengurusan Perhotelan / Diploma In Hotel Management



Diploma Pengurusan Hotel



Diploma Pengurusan Hotel dibangunkan untuk memenuhi keperluan industry perhotelan yang semakin berkembang. Program ini menawarkan kemahiran praktikal untuk menyediakan graduan yang kompeten dalam kemahiran perkhidmatan, penginapan, hotel dan perniagaan restoran.







Program ini direka khas untuk member pendedahan secara praktikal, dimana pelajar Kolej Cosmopoint akan ditempatkan di industry selama10 bulan sepanjang tempoh pengajian. Ia menyediakan graduan dengan kompetensi yang diperlukan dalam bidang hotel termasuklah perkhidmatan kaunter hadapan, pengurusan hotel dan penginapan, pengemasan, perkhidmatan makanan komersial, operasi dapur dan operasi restoran. 

Kecekapan asas lain yang diterapkan dalam program termasuk pengetahuan asas Pelancongan dan Hospitaliti, pembangunan profesional, kemahiran komunikasi, kesihatandankeselamatan, dan pembangunan keusahawanan. 


Apa itu Pengurusan Hotel?

Pengurusan hotel adalah satu bidang dalam industri hospitaliti dan pelancongan yang menjanjikan peluang kerjaya yang meluas dalam industri hotel merangkumi operasi dan juga pengurusan.

Jumaat, 16 Mac 2018

Diploma Seni Pastri & Bakeri / Diploma Pastry & Bakery


PENGENALAN 

Diploma adalah salah satu cara yang pelajar boleh melanjutkan pelajaran. Pelbagai diploma termasuk ijazah, lepasan ijazah dan diploma lanjutan. Mereka boleh memberikan kelulusan tambahan dan latihan untuk profesional atau membantu merapatkan jurang antara peringkat akademik yang berbeza. 

Diploma boleh diperolehi dalam beberapa mata pelajaran seperti perniagaan, kemanusiaan, biologi, teknologi, dan banyak lagi.


Pelajar yang mengikuti DIPLOMA SENI PASTRI di Cosmopoint College Kota Kinabalu Sabah mendapat manfaat dalam bahawa mereka mendapat untuk membangunkan kemahiran kreatif dan menyempurnakan bakat seni peribadi mereka. Terdapat beberapa peluang kerjaya bagi mereka yang ingin menjadi profesional dalam seni.
Kos yang terlibat dengan memperoleh diploma akan berbeza-beza dari satu tempat yang lain. Faktor kos termasuk tempoh program, lokasi sekolah, dan reputasi program ini. Pelajar perlu menghubungi sekolah-sekolah yang terpilih secara langsung untuk mengetahui apa yang diharapkan dari segi kewangan.


Isnin, 12 Mac 2018

Diploma Seni Kulinari / Diploma In Culinary Arts


PENGENALAN 

Kursus ini memenuhi keperluan pelajar dengan pemahaman yang meluas tentang aspek operasi didalam bidang kulinari yang mana menekankan kepada kemahiran dan teori. 

Pelajar juga akan mempelajari dari aspek membeli, penyeliaan, keusahawanan, keselamatan makanan dan sanitasi, pembangunan sumber manusia, organisasi dan penyelenggaraan dapur yang mana akan menyediakan pelajar dengan asas kepeluan alam kerjaya didalam bidang hospitaliti serta mengikut perkembangan semasa industri hospitaliti

Apakah itu Seni Kulinari?



Diploma Seni Kulinari adalah satu bidang kemahiran yang dipelajari  iaitu menguruskan operasi dapur, perniagaan katering, mempelajari kemahiran asas masakan sama ada masakan 
tempatan dan antarabangsa. 

Isnin, 5 Mac 2018

Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017


Maklumat Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017



Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan (Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 pada 15 Mac 2018 ini, untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada laman sesawang KPM.
Keputusan SPM boleh diambil di sekolah masing-masing selepas tarikh di umumkan.




Berikut adalah cara menyemak keputusan peperiksaan Melalui SMS


Check SPM result melalui SMS :

Taipkan : SPM<jarak>[No.KP]<jarak>[Angka Giliran]

Contoh : SPM 990131125566 WY189A456

Hantarkan SMS ke 15888

Rabu, 28 Februari 2018

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM 2017)

Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017


Untuk makluman kepada lepasan STPM 2017, keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan di umumkan pada 6 Mac 2018 ini, pelajar boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 12.00 tengahari. Kepada calon STPM persendirian keputusan boleh didapati melalui pos.






Keputusan STPM 2017 boleh juga disemak 

melalui SMS :


Taip STPM<jarak> RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak> dan hantar ke 15888 atau meyemak melalui secara online di http://www.mpm.edu.my bermula jam 12.00 tengahari pada tarikh diumumkan. 




Di anggarkan keputusan SPM akan di umum seminggu selepas keputusan STPM dikeluarkan oleh pihak sekolah.

*Nota : Keputusan SPM akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Selasa, 27 Februari 2018

Kemana Halatuju pelajar-pelajar lepasan SPM?



Kemana Halatuju pelajar-pelajar lepasan SPM? 




Hampir 443,833 Calon SPM akan menerima keputusan masing-masing pada bulan mac minggu kedua nanti, pilihan-pilihan Institusi Pengajian Tinggi seperti IPTA dan IPTS menjadi penentu mereka sebagai destinasi seterusnya selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah dahulu. Dijangkakan keputusan akan di umumkan pada minggu kedua bulan mac nanti.




Untuk makluman kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2017 Pra-Pendaftaran kemasukan ke Kolej   Cosmopoint Sabah kini telah dibuka sekarang, jangan lepaskan peluang anda kerana tempat adalah terhad, tarikh kemasukan pelajar pada 24 Mac 2018 bersamaan sabtu nanti. Berikut adalah faedah yang pelajar boleh nikmati seperti :

  • Asrama percuma untuk sepanjang pengajian anda 
  • Bantuan Baitulmal kepada pelajar baru
  • Yuran pendaftaran kemasukan hanya RM100 sahaja
  • Pembiayaan Pendidikan disediakan
  • Biasiswa akan ditawarkan kepada yang layak
  • Yuran pengajian yang berpatutan 
  • Sijil-sijil diploma semuanya di iktirafkan oleh kerajaan (MQA)
  • Peluang pekerjaan yang luas selepas anda menamatkan pengajian
  • Institusi bertarafkan 5 ***** bintang (FIVE STAR)
  • Institusi adalah milik kerajaan

PENGENALAN EKUINAS

EKUITI NASIONAL BERHAD


Cosmopoint College ditubuhkan pada 1992 dan mempunyai lebih 26 tahun pengalaman di dalam Industri Pengajian Tinggi. Pada tahun 2013, Cosmopoint College menjadi hak milik 100% Kerajaan melalui pelaburan oleh Ekuiti Nasional Berhad. EKUINAS merupakan agensi Kerajaan dengan lebih RM 2 bilion pelaburan ekuiti.
Kolej Cosmopoint kini mempunyai lebih dari 3,500 pelajar yang sedang menjalani program Diploma di 11 kampus seluruh Malaysia. Kolej Cosmopoint meneruskan fokus membantu golongan pelajar berpendapatan rendah-pertengahan dengan menyediakan program-

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Yang Ditampilkan

Senarai Blog Saya

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Whatsapp Sekarang !

Whatsapp Sekarang !
Maklum Balas Pantas