PENGENALAN
Diploma E-Kesetiausahaan (Pengurusan Pejabat) merupakan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan . Program ini perlu diikuti selama 2 tahun 8 bulan bersamaan dengan 8 semester yang mana ia menumpukan kerja-kerja pentadbiran dalam pejabat disetiap organisasi.Program ini memberi pengkhususan terhadap prosedur-prosedur pejabat, pengurusan pejabat, kecekapan didalam pejabat, komunikasi, pembentukan peribadi secara lahirah dan insaniah.
Pelajar-pelajar yang mengikuti program Diploma E-Kesetiausahaan (Pengurusan Pejabat) ini akan mendapat pengalaman pembelajaran yang menarik bersesuaian dengan persekitaran yang kondusif. Program ini mendapat pengiktirafan daripada pelbagai sektor swasta dan kerajaan yang mana setiap daripada pelajar yang telah bergraduat berpotensi untuk mendapat pekerjaan. laluan kerjaya bagi pelajar memberi kesan yang positif yang membolehkan mereka memilih untuk meneruskan pengajian diperingkat ijazah ataupun terus bekerja dimana-mana sektor didalam industri.
Program ini memberi tumpuan kepada pentadbiran pejabat dalam sesuatu organisasi, dengan memberi penekanan kepada amalan kerja di pejabat, pengurusan pejabat, automasi pejabat, kecekapan pejabat, komunikasi dan pembangunan personaliti. Program ini telah diiktiraf oleh pelbagai industri sejak ia mula ditawarkan, dan ini mencerminkan kepentingan pentadbiran pejabat dan pengurusan di semua organisasi..